Chelsea dijangka menyelesaikan butiran terakhir untuk mengikat pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill.
Meskipun mencapai persetujuan harga perpindahan dengan Bolton bulan lalu, Chelsea belum memuktamadkan terma peribadi untuk membawa masuk pemain antarabangsa England itu ke Stamford Bridge.
Pengurus Blues, Andre Villas-Boas baru-baru ini mendedahkan jurang antara kedua-dua pasukan itu amat jauh hingga membawa spekulasi Cahill mempertimbangkan semula peluangnya untuk berpindah.
Malah, juara Liga Perdana, Manchester United turut dilapor sedia mencelah sementara Tottenham Hotspur sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Cahill.
Bagaimanapun, Cahill yang kontraknya tamat hujung musim ini, kini sedia memuktamadkan keputusan untuk berpindah dari Stadium Reebok.
Kehadirannya di Chelsea dijangka meningkatkan pilihan buat Villas-Boas di bahagian pertahanan selepas pemain antarabangsa Brazil, Alex memohon berpindah kelab Disember lalu.
Andre Villas-Boas memaklumkan Chelsea memerlukan dua pemain baru untuk dibawa dalam perpindahan kali ini bagi mengembalikan kekuatakan barisan skuadnya yang dilihat banyak kelemahan. Chelsea kini di tangga keempat dengan sembilan mata ketinggalan dibelakang Manchester City telahpun membenarkan Nicolas Anelka untuk meninggalkan kelab dan dijangka akan diikuti oleh Alex. The Blues dikatakan sedang membuat tawaran terhadap [...].......
Singapura bakal memulakan kempen saingan liga tempatan Malaysia selepas 18 tahun meninggalkan liga tersebut dan akan memulakan perlawanan menentang Kelantan di Stadium Jalan Besar. “Saya sedar beberapa pasukan memandang rendah keupayaan kami namun saya fikir kami boleh mencipta beberapa kejutan di tempat sendiri,” kata Hariss Harun. Sementara itu, Liga-S menghadapi banyak isu rasuah serta beberapa [...]
Negeri Sembilan memulakan langkah kanan dalam pembukaan saingan bola sepak tempat selepas menumpaskan Kelantan 2-1 dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2-1 di Stadium Bukit Jalil. Pemain import Negeri Sembilan, Jean Emmananuel Effa Owona menjaringkan kedua – dua gol buat Negeri Sembilan bagi menafikan gol awal daripada Norshahrul Idlan Talaha. Walaupun Negeri Sembilan menghadapi masalah pemain utama [...]
Penyerang kontrovesi Manchester United, Wayne Rooney menafikan laporan bahawa beliau mahu meninggalkan kelab itu pada perpindahan Januari ini selepas dikatakan mempunyai masalah dengan pengurus kelab, Sir Alex Ferguson. Satu laporan mendakwa Sir Alex Ferguson sedia untuk melepaskan penyerang kesayangannya itu selepas kontrovesi bermula akibat Rooney tidak diturunkan semasa United dimalukan kelab tercorot liga, Blackburn. Bagaimanapun [...]....Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson mengakui bahawa kelabnya perlu bersaing dengan jiran tetangga mereka, Manchester City untuk bersaing dalam kejuaraan. Anak buah Roberto Mancini menamatkan saingan United dalam Piala FA musim lepas pada separuh akhir dan kehebatan tersebut diteruskan dengan kemenangan bergaya membuli United di Old Trafford 6-1. Ketika ini, City kekal mendahului United [...]
Skuad kebangsaan bawah 23 tahun bakal menerima satu lagi habuan lumayan dengan cadangan insentif RM 1 juta Telekom Malaysia (TM) yang akan dibincangkan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat. Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad memaklumkan cadangan draf insetif tersebut telahpun lengkap dan hanya perlu menunggu kelulusan daripada Sultan [...]
OK ABIS DA FASAL BOLA BYE ALL
No comments:
Post a Comment